Sunday, 3 March 2013

Cerita Lawak Sengal 18sx

Cerita lawak sengal 18sx teka teki lawak dan kelakar .


Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.

Usup : Ai… Daud kenapa dengan ko ni? muke sedih jer.

Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung

Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.

Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud.

Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.
Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.


Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?
Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.

Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.
Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir
penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.

Usop : Haaa kena tendang lagi??
Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.

Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?
Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.

Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?
Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni.

Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?
Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu. Seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang. Bile seluar aku terlondeh je, tiba2 bini aku datang.

" Bini: Abang buat apa tu!!!!!!! (Bagi pelempang). Dengan lembu pun ada nafsu. Ceraikan saya! "

Daud: Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.
Usop: ????

Baca seterusnya:
Cerita Lawak Pak Pandir



Baca sepenuhnya
Blogger Tricks

Wednesday, 2 January 2013

Petua Melebatkan Rambut Dengan Santan

Petua Melebatkan Rambut Dengan Pati Santan Kelapa Tips Cara dan Petua melebatkan rambut dengan menggunakan pati santan kelapa .

Dengan mengamalkan petua ini bukan sahaja dapat melebatkan rambut bahkan dapat juga elakkan rambut gugur .

PETUA MELEBATKAN RAMBUT DAN RAMBUT GUGUR

Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam petua amalan untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang
hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua melebatkan rambut ini 2-3 kali seminggu. Teka Teki

Baca Seterusnya:
- Tips Elak Rambut Gugur | Petua Atasi Keguguran


Baca sepenuhnya

Tuesday, 25 December 2012

Tips Elak Rambut Gugur | Petua Atasi Keguguran

Tips dan petua elak / elakkan rambu gugur , cara atasi keguguran rambut untuk lebatkan rambut di mamamurai dot com.

TIPS DAN PETUA ELAKKAN RAMBUT GUGUR UNTUK LELAKI DAN WANITA

1. Jangan terlalu kerap mewarnakan, melurus dan dan mengerinting rambut kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi rapuh dan mudah tercabut.

2. Ikat rambut di daerah yang berlainan dengan menggunakan pengikat rambut yang lembut dan elastis.

3. Jangan terlalu kerap blow dry sewaktu rambut kamu sedang basah kuyup. Sebaiknya tunggu sehingga rambut berada dalam keadaan lembap sebelum di’blow’. Kurangkan juga penggunaan alat pengering rambut dan rebounding.

4. Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.

5. Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.

6. Pakai vitamin jika rambut kamu berada dalam kategori kering dan kusam, mudah gugur dan kerinting.

7. Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut.

8. Last sekali bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang. - Teka Teki Lawak.

Baca Seterusnya:
- Tips Petua Lebatkan Rambut dan Rambut Gugur
- Tips Petua Elakkan Rambut Gugur


Baca sepenuhnya

Sunday, 23 December 2012

Petua Lebatkan Rambut | Tips Melebatkan Rambut Gugur

Teka teki ingin kongsikan Petua lebatkan rambut tips melebatkan rambut gugur .

Hari ini teka teki akan berkongsikan cara untuk lebatkan rambut secara tradisional iaitu melebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

1. Nenas

Cara lebatkan rambut menggunakan nanas:

Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.

2. Daun Rambutan Muda

Petua melebatkan rambut menggunakan daun rambutan muda:

Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit .Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali .

3. Minyak Kelapa Hijau

Cara melebatkan rambut menggunakan minyak kelapa hijau:

Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Daun Bunga Raya

Petua lebatkan rambut guna daun bunga raya:

Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali .

Anda boleh gunakan petua di atas untuk lebatkan rambut dan atasi masalah rambut gugur. - Teka teki


Baca sepenuhnya

Friday, 14 December 2012

3 Sebab Bermulanya Blog Pilihan Terbaik

Semua blogger mahu menjadi 3 blog pilihan terbaik di kalangan ramai. Namun tidak mudah untuk dicapai pada waktu yang singkat.

Lebih 3 Sebab Bermulanya 3 Blog Pilihan Terbaik

3 Sebab blog antaranya

1.Untuk Meluahkan Pendapat Dan Perasaan.

Blogger memerlukan suatu tempat untuk meluahkan pendapat dan perasaan mereka yang lama dipendam dan melalui blog antara yang terbaik.

2. Untuk Promosi

3 sebab blog yang lain, blog juga bermulanya tujuan promosi salah satu rakan yang membantu memperkenalkan produk dan servis.

3. Untuk Membantu Sesetengah Orang.

Sesetengah blogger menulis untuk membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan dirinya. Contohnya blog berkaitan keibubapaan dan kesihatan.

Dengan usaha yang bagus dapatlah menjadi 3 blog pilihan terbaik ini.

Baca seterusnya: blog pilihan terbaik


Baca sepenuhnya

Thursday, 13 December 2012

Lirik Lagu Tema Istanbul Aku Datang - Tomok

Lirik lagu tema dan sinopsis istanbul aku datang dari Tomok

Lirik Lagu Aku Datang - Tomok (Lagu Tema Istanbul Aku Datang)

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Istanbul Aku Datang
- Gambar Lawak: Poster Israel Aku Datang


Baca sepenuhnya

Sinopsis Istanbul Aku Datang

Sinopsis Istanbul Aku Datang filem yang mendapat sambutan hangat di Malaysia sekarang ini.

Istanbul Aku Datang Sinopsis

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris.

Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Beberapa info mengenai sinopsis istanbul aku datang .


Baca sepenuhnya