Tuesday 25 December 2012

Tips Elak Rambut Gugur | Petua Atasi Keguguran

Tips dan petua elak / elakkan rambu gugur , cara atasi keguguran rambut untuk lebatkan rambut di mamamurai dot com.

TIPS DAN PETUA ELAKKAN RAMBUT GUGUR UNTUK LELAKI DAN WANITA

1. Jangan terlalu kerap mewarnakan, melurus dan dan mengerinting rambut kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi rapuh dan mudah tercabut.

2. Ikat rambut di daerah yang berlainan dengan menggunakan pengikat rambut yang lembut dan elastis.

3. Jangan terlalu kerap blow dry sewaktu rambut kamu sedang basah kuyup. Sebaiknya tunggu sehingga rambut berada dalam keadaan lembap sebelum di’blow’. Kurangkan juga penggunaan alat pengering rambut dan rebounding.

4. Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.

5. Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.

6. Pakai vitamin jika rambut kamu berada dalam kategori kering dan kusam, mudah gugur dan kerinting.

7. Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut.

8. Last sekali bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang. - Teka Teki Lawak.

Baca Seterusnya:
- Tips Petua Lebatkan Rambut dan Rambut Gugur
- Tips Petua Elakkan Rambut Gugur


Baca sepenuhnya

Sunday 23 December 2012

Petua Lebatkan Rambut | Tips Melebatkan Rambut Gugur

Teka teki ingin kongsikan Petua lebatkan rambut tips melebatkan rambut gugur .

Hari ini teka teki akan berkongsikan cara untuk lebatkan rambut secara tradisional iaitu melebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

1. Nenas

Cara lebatkan rambut menggunakan nanas:

Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.

2. Daun Rambutan Muda

Petua melebatkan rambut menggunakan daun rambutan muda:

Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit .Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali .

3. Minyak Kelapa Hijau

Cara melebatkan rambut menggunakan minyak kelapa hijau:

Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Daun Bunga Raya

Petua lebatkan rambut guna daun bunga raya:

Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali .

Anda boleh gunakan petua di atas untuk lebatkan rambut dan atasi masalah rambut gugur. - Teka teki


Baca sepenuhnya

Friday 14 December 2012

3 Sebab Bermulanya Blog Pilihan Terbaik

Semua blogger mahu menjadi 3 blog pilihan terbaik di kalangan ramai. Namun tidak mudah untuk dicapai pada waktu yang singkat.

Lebih 3 Sebab Bermulanya 3 Blog Pilihan Terbaik

3 Sebab blog antaranya

1.Untuk Meluahkan Pendapat Dan Perasaan.

Blogger memerlukan suatu tempat untuk meluahkan pendapat dan perasaan mereka yang lama dipendam dan melalui blog antara yang terbaik.

2. Untuk Promosi

3 sebab blog yang lain, blog juga bermulanya tujuan promosi salah satu rakan yang membantu memperkenalkan produk dan servis.

3. Untuk Membantu Sesetengah Orang.

Sesetengah blogger menulis untuk membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan dirinya. Contohnya blog berkaitan keibubapaan dan kesihatan.

Dengan usaha yang bagus dapatlah menjadi 3 blog pilihan terbaik ini.

Baca seterusnya: blog pilihan terbaik


Baca sepenuhnya

Thursday 13 December 2012

Lirik Lagu Tema Istanbul Aku Datang - Tomok

Lirik lagu tema dan sinopsis istanbul aku datang dari Tomok

Lirik Lagu Aku Datang - Tomok (Lagu Tema Istanbul Aku Datang)

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Istanbul Aku Datang
- Gambar Lawak: Poster Israel Aku Datang


Baca sepenuhnya

Sinopsis Istanbul Aku Datang

Sinopsis Istanbul Aku Datang filem yang mendapat sambutan hangat di Malaysia sekarang ini.

Istanbul Aku Datang Sinopsis

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris.

Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Beberapa info mengenai sinopsis istanbul aku datang .


Baca sepenuhnya

Monday 10 December 2012

CERITA LAWAK - PAK PANDIR & KELAMBU


KELAMBU

Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah Pak Kaduk ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. 

Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si pak kaduk,

pak kaduk: kenapa kamu tidor di bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk
Baca sepenuhnya

Sunday 9 December 2012

Mak Mandir Naik Helikopter - Cerita Lawak

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Mak Mandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar tapi letak di luar ..tak ker pelik." - teka teki lawak


Baca sepenuhnya

Teka Teki Lawak Burger

Hari ini teka teki lawak ingin berkongsikan mengenai teka teki yang berkaitan dengan burger .
Soalan: Siapa wyg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)
Soalan: Banyak-banyak burger,burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)
teka teki lawak
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)
Baca seterusnya: teka teki lawak dan jawapan

Baca sepenuhnya

Friday 7 December 2012

Koleksi Teka Teki Melayu

Beberapa koleksi teka teki dalam bahasa melayu - teka teki lawak.

KOLEKSI TEKA TEKI MELAYU

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.


Baca sepenuhnya

Wednesday 5 December 2012

Teka Teki Lucu Lawak

Beberapa teka teki lucu yang kelakar untuk anda semua

Kerja apakah yang paling meletihkan?
- menoreh getah (no rest)

Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan.

Dari manakah asalnya kapur?
- Ayam(ayam berak kapur)

Selalu dibasuh, tetapi tidak diseterika. Hinggakan berkedut. Apakah itu?
- Kulit testis. Hehehe.

Teka teki lawak

Anggota badan buaya yang berada di atas darat?
- Lidahnya(lidah buaya)

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.


Baca sepenuhnya

Tuesday 4 December 2012

Blog Pilihan Terbaik

Blog pilihan atau 3 blog pilihan terbaik adalah blog yang mempunyai kandungan isi yang berkualiti dan pasti berjaya

Blog pilihan terbaik adalah blog yang perlu untuk menghasilkan kandungan blog yang berkualiti secara konsisten jika anda mahu mempunyai blog yang berjaya.

Walaupun definisi kejayaan berbeza-beza dari seorang ke seorang, blog yang berjaya bermakna anda mampu untuk menjana pendapatan dengan cara pilihan anda.

Anda tidak perlu untuk terus menjana pendapatan daripada ia, ia hanya bahawa untuk mempunyai blog yang berjaya pilihan terbaik , ia mesti mempunyai hasil. Dan keputusan ini hanya boleh dicapai jika anda boleh menghasilkan kandungan blog yang berkualiti secara tetap.

Blog pilihan terbaik menyedari kepentingam penerbitan blog serta serius bermakna mempunyai strategi dan anda mesti mempunyai rancangan jangka pendek dan jangka panjang blog anda.

Rujuk:
Blog pilihan terbaik
3 blog pilihan terbaik
Antara blog pilihan
3 blog pilihan terbaik djdanchef


Baca sepenuhnya

Friday 30 November 2012

Teka Teki Lawak Dan Jawapan

Beberapa teka teki lawak dan jawapan yang ingin dikongsikan kepada anda.

TEKA TEKI LAWAK DAN JAWAPAN

Soalan: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Soalan: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Teka teki lawak

Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Soalan: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM


Baca sepenuhnya

Tuesday 27 November 2012

Kentut Dalam Bahasa Inggeris - Cerita Lawak Kelakar

Pada suatu hari dua orang murid bertanya kepada cikgu tentang kentut dalam bahasa inggeris - teka teki lawak

Aaron : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.

Aziz : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.

Aaron : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.

teka teki lawak

Aziz : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.

Aaron : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.

Aziz : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.

Aaron : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.

:-)

Baca seterusnya di Gambar Lawak Israel Aku Datang.


Baca sepenuhnya

Tuesday 20 November 2012

POSTER ISRAEL AKU DATANG - GAMBAR LAWAK

POSTER ISRAEL AKU DATANG - GAMBAR LAWAK by teka teki lawak

Poster yang di parodikan filem Istanbul Aku Datang

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Istanbul Aku Datang


Baca sepenuhnya

Saturday 6 October 2012

Maharaja Lawak Mega 2

Tak lama lagi maharaja lawak mega musim ke 2 akan kembali.

Pasti ramai tak sabar nak lihat para pelawak dalam maharaja lawak mega nanti


Baca sepenuhnya

Wednesday 3 October 2012

ADAM DAN HAWA

Drama Adam Dan Hawa Astro Mustika. Ada yang tengok? ni episod 16 Drama ni tengah popular sekarang ni.
Baca sepenuhnya

Saturday 29 September 2012

SENYUMLAH :-D

Harini tekateki nak kongsi gambar motivasi yang diambil daripada facebook.

comel kan gambar bayi tu?

Semoga kita bersemangat sentiasa.
Baca sepenuhnya

GAMBAR KELAKAR - BABY MARAH KUCING

Haha.. Gambar baby perempuan marah kucing gara-gara cemburu. kelakar tak?

Baca sepenuhnya

Thursday 6 September 2012

PANTUN TEKA-TEKI DAN JAWAPAN 2

Pantun amat popular di kawasan negara serumpun dan menjadi budaya tradisi. Pantun teka-teki juga tidak harus dilupakan.

Disini disenaraikan sambungan pantun teka teki dan jawapan part 1 yang lalu.

7. Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

8. Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

9. Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

10. Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

11. Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

12. Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Semoga terhibur dengan blog teka teki lawak.

TUNGGU ADA LAGI PANTUN:
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 1
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 2
- TEKA TEKI LAWAK
- AIR APA PALING BERANI ?


Baca sepenuhnya

PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN 1

Selalu kita dengar banyak teka teki tapi jarang dengar pantun teka teki dan jawapan nya.

Disini ada beberapa pantun teka-teki dan berserta jawapan dari blog teka teki lawak

1.Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi.

Jawapan: Mancis

2.Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

3.Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

4.Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

5.Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

6. Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

TUNGGU DULU ADA LAGI YANG BEST:
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 2
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 1
- TEKA TEKI LAWAK


Baca sepenuhnya

Thursday 30 August 2012

TEKA TEKI SEMPENA HARI RAYA

Trending Eyriqazz vs Denaihati selalu terjumpa dimana-mana apa yang sedang berlaku Eyriqazz vs Denaihati ni. Teka teki sempena raya yang boleh tahanlah kefikirannya.

TEKA TEKI SEMPENA HARI RAYA
1.kertas paling popular pada hari raya?
jawapan:kertas duit raya.

2.lagu raya yang mengandungi perkataan bahasa inggeris?
jawapan:Lagu saloma`miskin kaya memakai bju bru wrna wrni megunjungi sanak kaum FAMILY,

3.selain duit raya,apakah yang berleluasa stelah berakhirnye puasa?
jawapAN:Hantu raya

4.jenama ubat gigi apa berkaitan dgn raya?
jawapan: ubat gigi Raiya.

5.bunga apa yg berkembang mekar di malam raya?
jawapan:Bunga api.

6. Hantu apa yang pergi beraya ?
jawapannya : Hantu raya.

Lawati: teka teki lawak .
             Pantun teka teki

Baca sepenuhnya

Thursday 16 August 2012

AARON AZIZ BIOGRAPHY | PROFILE

Aaron Aziz Biography dan Profile. Artis pilihan minggu ini untuk direview ialah jejaka hangat malaya Aaron Aziz

Aaron Aziz Biography | Profile
Nama Penuh : Aaron Aziz Mustapha
Umur : 35 Tahun
Tarikh Lahir : 23 Februari 1976
Asal : Pasir Ris,Tampines, Singapura
Status : Berkahwin
Isteri : Diyana
Kerjaya : Pelakon Filem, Pelakon Drama TV & Model

Drama: Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Hati, Kasih Tercipta, Bulan Bertemu Matahari, Dilemma Wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi dan Oh Ibu, Emil Emilda, Cinta Q, Nora Elena

Filem: KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Syyhh... Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka, Datin Ghairah.

Serba sedikit mengenai aaron aziz biography / profile


Baca sepenuhnya

Monday 23 July 2012

BIODATA AINAN TASNEEM

Biodata ainan tasnem dan gambar ainan tasneem

Biodata Ainan Tasneem
Nama penuh: Ainan Tasneem Redzuan
Nama panggilan: Ainan
Tarikh Lahir: 4 November (umur 20 tahun)
Pendidikan: Penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses
dari Universiti Malaysia Perlis
Kediaman: Bukit Jalil
Hobi: Menyanyi dan bermain gitar

Baca sepenuhnya

Tuesday 19 June 2012

DOWNLOAD AKU ADA KAU ADA (FULL) | FILEM MOVIE

Download aku ada kau ada full filem movie shaheizy sam yana samsudin

Download aku ada kau ada full.Filem aku ada kau ada mengisahkan tentang Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang mahu untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kalii Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.

Lain dari Download Bohsia 2 Jalan Kembali Full,

DOWNLOAD AKU ADA KAU ADA

Sinopsis Aku ada Kau adacerita kembali Tina (Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Watak Tina dalam aku ada kau ada tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi. Apa yang berlaku seterusnya dalam aku ada kau ada?


NOTA: ANDA PERLU LOGIN FACEBOOK
TERLEBIH DAHULU SEBELUM DOWNLOAD

**UNTUK DOWNLOAD AKU ADA KAU ADA FULL SILA KLIK ENTER HERE (pastikan anda sudah login facebook)

Baca sepenuhnya

Friday 15 June 2012

DOWNLOAD JALAN KEMBALI BOHSIA 2 (FULL) |FILEM

Download filem jalan kembali bohsia 2 full movie


Download Bohsia 2 Jalan Kembali Full. Filem Jalan Kembali Bohsia 2 mengisahkan tentang gadis bernama Amy, seorang bekas bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan. Manakala Tasya, bekas rakan karibnya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Selain Download Man Sewel Datang KL,Filem Jalan Kembali Bohsia 2 juga mempunyai kelainan yang unik dan tersendiri yang diarah oleh Syamsul Yusoff. Keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam.

NOTA: ANDA PERLU LOGIN FACEBOOK TERLEBIH
DAHULU SEBELUM DOWNLOAD

**UNTUK DOWNLOAD JALAN KEMBALI - BOHSIA 2 SILA KLIK ENTER HERE (pastikan anda sudah login
facebook)

Baca sepenuhnya

Monday 11 June 2012

CAROLINE JUARA PEMENANG MENTOR 6

Tahniah kepada Caroline sebab Juara dan Pemenang Mentor 6 tv3 pada ahad haritu. Memang tak dinafikan suara dan persembahan Caroline memang power! No wonder lah kalau jadi Juara Mentor 6 kan.

Antara Juara dan Pemenang mentor musim-musim sebelum ni cuma Caroline yang telah menarik minat aku kerana keunikkan dan kelainan dia sepanjang Mentor 6 ni.

Pastu, Caroline ni sangat merendah diri dan tak terlalu over macam sesetengah protege. Cuma satu ku kurang sikit dengan Caroline ni, dia tak selalu senyum. Haha.

Tak kisah lah apa-apa pun tahniah buat Caroline Juara Mentor 6 . Good Luck


Baca sepenuhnya

Wednesday 6 June 2012

DOWNLOAD MAN SEWEL DATANG KL (FULL)

Download Man Sewel Datang KL FULL


Man Sewel Datang KL mengisahkan osman atau man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke kl dan tinggal bersama rakan sekampungnya, salim. Salim banyak
mengajar dan mendedahkan kehidupan di ibu kota kepada man. Menerusi salim juga, man berkenalan dengan nadia, bekas model dan seorang pisau cukur. Man akhirnya terpedaya dan segala kemahuan nadia dituruti sampaikan dia sanggup berhabis wang ringgit untuk memenuhi kehidupan nadia yang serba mewah itu.

NOTA: ANDA PERLU LOGIN FACEBOOK TERLEBIH DAHULU SEBELUM DOWNLOAD

**UNTUK DOWNLOAD MAN SEWEL DATANG KL SILA KLIK ENTER HERE (pastikan anda sudah login facebook)

Baca sepenuhnya

MAN SEWEL DATANG KL

Saya akan upload Man Sewel datang KL. Tunggu!!


Baca sepenuhnya

Saturday 2 June 2012

TEKA TEKI KELAKAR DAN LAWAK

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. Ha.. Aper2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar
bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat
liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah..

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka..
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, cangkul lar

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: KALA jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab! Yg nih.. jangan pikir bukan2 plak ek...

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk.
Jawapan : Masukkan benang dlm lubang jarum

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Jawapan : Milo AIS

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah..
hahahahha

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi
mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat

7) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat
climax pegang buah
Jawapan: Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA
Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing binATANG

9) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan
jantan?
Jawapan : Betina ikan duyung jantang ikan BAKAR
maner der betina name BAKAR ;
(sumber: polaris.canang.com)

Sempena hari raya disini ada:
- Teka teki sempena hari raya
- Air apa paling berani ?

Baca sepenuhnya

Friday 1 June 2012

VIDEO HUJAN JUARA PEMENANG VERSUS TV9

GOSIP: Hujan juara pemenang versus menang siapa tv9 video konsert akhir

Tahniah kepada hujan kerana menjadi Juara Versus TV9. Persembahan yang memang menarik dengan kedatangan Dato Siti Nurhaliza dan DJ FUZZ membuatkan persembahan hujan lagi menonjol.

>>TONTON VIDEO HUJAN PADA KONSERT AKHIR VERSUS DISINI>> VIDEO HUJAN KONSERT VERSUS AKHIR


Baca sepenuhnya

Wednesday 30 May 2012

RAMBUT ENTAH APA-APA

Hmm sekarang ni macam2 rambut ada pada zaman ni semuanya entah apa-apa. Agak2 kenapa jadi macam tu yer?

Baca sepenuhnya