Tuesday 25 December 2012

Tips Elak Rambut Gugur | Petua Atasi Keguguran

Tips dan petua elak / elakkan rambu gugur , cara atasi keguguran rambut untuk lebatkan rambut di mamamurai dot com.

TIPS DAN PETUA ELAKKAN RAMBUT GUGUR UNTUK LELAKI DAN WANITA

1. Jangan terlalu kerap mewarnakan, melurus dan dan mengerinting rambut kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi rapuh dan mudah tercabut.

2. Ikat rambut di daerah yang berlainan dengan menggunakan pengikat rambut yang lembut dan elastis.

3. Jangan terlalu kerap blow dry sewaktu rambut kamu sedang basah kuyup. Sebaiknya tunggu sehingga rambut berada dalam keadaan lembap sebelum di’blow’. Kurangkan juga penggunaan alat pengering rambut dan rebounding.

4. Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.

5. Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.

6. Pakai vitamin jika rambut kamu berada dalam kategori kering dan kusam, mudah gugur dan kerinting.

7. Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut.

8. Last sekali bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang. - Teka Teki Lawak.

Baca Seterusnya:
- Tips Petua Lebatkan Rambut dan Rambut Gugur
- Tips Petua Elakkan Rambut Gugur


Baca sepenuhnya

Sunday 23 December 2012

Petua Lebatkan Rambut | Tips Melebatkan Rambut Gugur

Teka teki ingin kongsikan Petua lebatkan rambut tips melebatkan rambut gugur .

Hari ini teka teki akan berkongsikan cara untuk lebatkan rambut secara tradisional iaitu melebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

1. Nenas

Cara lebatkan rambut menggunakan nanas:

Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.

2. Daun Rambutan Muda

Petua melebatkan rambut menggunakan daun rambutan muda:

Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit .Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali .

3. Minyak Kelapa Hijau

Cara melebatkan rambut menggunakan minyak kelapa hijau:

Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Daun Bunga Raya

Petua lebatkan rambut guna daun bunga raya:

Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali .

Anda boleh gunakan petua di atas untuk lebatkan rambut dan atasi masalah rambut gugur. - Teka teki


Baca sepenuhnya

Friday 14 December 2012

3 Sebab Bermulanya Blog Pilihan Terbaik

Semua blogger mahu menjadi 3 blog pilihan terbaik di kalangan ramai. Namun tidak mudah untuk dicapai pada waktu yang singkat.

Lebih 3 Sebab Bermulanya 3 Blog Pilihan Terbaik

3 Sebab blog antaranya

1.Untuk Meluahkan Pendapat Dan Perasaan.

Blogger memerlukan suatu tempat untuk meluahkan pendapat dan perasaan mereka yang lama dipendam dan melalui blog antara yang terbaik.

2. Untuk Promosi

3 sebab blog yang lain, blog juga bermulanya tujuan promosi salah satu rakan yang membantu memperkenalkan produk dan servis.

3. Untuk Membantu Sesetengah Orang.

Sesetengah blogger menulis untuk membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan dirinya. Contohnya blog berkaitan keibubapaan dan kesihatan.

Dengan usaha yang bagus dapatlah menjadi 3 blog pilihan terbaik ini.

Baca seterusnya: blog pilihan terbaik


Baca sepenuhnya

Thursday 13 December 2012

Lirik Lagu Tema Istanbul Aku Datang - Tomok

Lirik lagu tema dan sinopsis istanbul aku datang dari Tomok

Lirik Lagu Aku Datang - Tomok (Lagu Tema Istanbul Aku Datang)

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Istanbul Aku Datang
- Gambar Lawak: Poster Israel Aku Datang


Baca sepenuhnya

Sinopsis Istanbul Aku Datang

Sinopsis Istanbul Aku Datang filem yang mendapat sambutan hangat di Malaysia sekarang ini.

Istanbul Aku Datang Sinopsis

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris.

Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Beberapa info mengenai sinopsis istanbul aku datang .


Baca sepenuhnya

Monday 10 December 2012

CERITA LAWAK - PAK PANDIR & KELAMBU


KELAMBU

Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah Pak Kaduk ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. 

Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si pak kaduk,

pak kaduk: kenapa kamu tidor di bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk
Baca sepenuhnya

Sunday 9 December 2012

Mak Mandir Naik Helikopter - Cerita Lawak

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Mak Mandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar tapi letak di luar ..tak ker pelik." - teka teki lawak


Baca sepenuhnya

Teka Teki Lawak Burger

Hari ini teka teki lawak ingin berkongsikan mengenai teka teki yang berkaitan dengan burger .
Soalan: Siapa wyg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)
Soalan: Banyak-banyak burger,burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)
teka teki lawak
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)
Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)
Baca seterusnya: teka teki lawak dan jawapan

Baca sepenuhnya

Friday 7 December 2012

Koleksi Teka Teki Melayu

Beberapa koleksi teka teki dalam bahasa melayu - teka teki lawak.

KOLEKSI TEKA TEKI MELAYU

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.


Baca sepenuhnya

Wednesday 5 December 2012

Teka Teki Lucu Lawak

Beberapa teka teki lucu yang kelakar untuk anda semua

Kerja apakah yang paling meletihkan?
- menoreh getah (no rest)

Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan.

Dari manakah asalnya kapur?
- Ayam(ayam berak kapur)

Selalu dibasuh, tetapi tidak diseterika. Hinggakan berkedut. Apakah itu?
- Kulit testis. Hehehe.

Teka teki lawak

Anggota badan buaya yang berada di atas darat?
- Lidahnya(lidah buaya)

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.


Baca sepenuhnya

Tuesday 4 December 2012

Blog Pilihan Terbaik

Blog pilihan atau 3 blog pilihan terbaik adalah blog yang mempunyai kandungan isi yang berkualiti dan pasti berjaya

Blog pilihan terbaik adalah blog yang perlu untuk menghasilkan kandungan blog yang berkualiti secara konsisten jika anda mahu mempunyai blog yang berjaya.

Walaupun definisi kejayaan berbeza-beza dari seorang ke seorang, blog yang berjaya bermakna anda mampu untuk menjana pendapatan dengan cara pilihan anda.

Anda tidak perlu untuk terus menjana pendapatan daripada ia, ia hanya bahawa untuk mempunyai blog yang berjaya pilihan terbaik , ia mesti mempunyai hasil. Dan keputusan ini hanya boleh dicapai jika anda boleh menghasilkan kandungan blog yang berkualiti secara tetap.

Blog pilihan terbaik menyedari kepentingam penerbitan blog serta serius bermakna mempunyai strategi dan anda mesti mempunyai rancangan jangka pendek dan jangka panjang blog anda.

Rujuk:
Blog pilihan terbaik
3 blog pilihan terbaik
Antara blog pilihan
3 blog pilihan terbaik djdanchef


Baca sepenuhnya