Thursday, 6 September 2012

PANTUN TEKA-TEKI DAN JAWAPAN 2

Pantun amat popular di kawasan negara serumpun dan menjadi budaya tradisi. Pantun teka-teki juga tidak harus dilupakan.

Disini disenaraikan sambungan pantun teka teki dan jawapan part 1 yang lalu.

7. Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

8. Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

9. Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

10. Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

11. Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

12. Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Semoga terhibur dengan blog teka teki lawak.

TUNGGU ADA LAGI PANTUN:
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 1
- PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN PART 2
- TEKA TEKI LAWAK
- AIR APA PALING BERANI ?


♥ CONSIDER SHARING THIS POST WITH YOUR FRIENDS IF YOU LIKE IT ♥
StumbleUpon Digg Twitter Delicious Reddit Technorati Facebook Mixx Linkedin

No comments:

Post a Comment

Post a Comment