Sunday, 23 December 2012

Petua Lebatkan Rambut | Tips Melebatkan Rambut Gugur

Teka teki ingin kongsikan Petua lebatkan rambut tips melebatkan rambut gugur .

Hari ini teka teki akan berkongsikan cara untuk lebatkan rambut secara tradisional iaitu melebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

1. Nenas

Cara lebatkan rambut menggunakan nanas:

Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.

2. Daun Rambutan Muda

Petua melebatkan rambut menggunakan daun rambutan muda:

Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit .Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali .

3. Minyak Kelapa Hijau

Cara melebatkan rambut menggunakan minyak kelapa hijau:

Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Daun Bunga Raya

Petua lebatkan rambut guna daun bunga raya:

Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali .

Anda boleh gunakan petua di atas untuk lebatkan rambut dan atasi masalah rambut gugur. - Teka teki


♥ CONSIDER SHARING THIS POST WITH YOUR FRIENDS IF YOU LIKE IT ♥
StumbleUpon Digg Twitter Delicious Reddit Technorati Facebook Mixx Linkedin

No comments:

Post a Comment